Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
25 Ogos 2021 - Pelantikan Pegawai Kehakiman Syariah Baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS 2021 – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Mahkamah-Mahkamah Syariah telah memaklumkan pelantikan dua orang pegawai kanan mahkamah.

Pegawai berkenaan ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Manakala itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Haji Muhammad Bahrin bin Haji Alias dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Pelantikan berkenaan berkuat kuasa mulai 2 Ogos 2021.


Attachments